Wednesday 29 October 2014

Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun


SK Taman Gembira (SKTG) telah menjadi penganjur kepada Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun bagi Daerah Klang pada tahun 2013. Kejohanan ini telah berlangsung pada 6 hingga 7 Mac 2013 dan telah diadakan di Padang Sultan Sulaiman. Sebanyak 24 buah Sekolah Rendah Daerah Klang telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini. 
Pertandingan ini telah dilangsungkan dalam format liga di mana sekolah-sekolah ini telah dibahagikan kepada 6 kumpulan dan dijalankan dalam 2 pusingan. Dalam pusingan ke 2 hanya 2 pasukan terbaik dari setiap kumpulan telah berentap bagi menentukan juara daerah Klang.  Pada tahun  ini pertandinagn akhir telah menemukan SK Kg Jawa (Juara bertahan) dan SK Meru. Perlawanan ini telah di menangi oleh SK Kg Jawa dengan jaring 1 - 0 mengalahkan SK Meru. SK Kg Jawa berjaya mempertahankan kejayaan mereka pada tahun 2012. 



PERATURAN BOLA SEPAK

UNDANG-UNDANG – ALATAN PEMAIN

Keselamatan
Seseorang pemain tidak dibenar menggunakan atau memakai sebarang peralatan yang berbahaya kepada diri sendiri atau pemain-pemain lain (termasuk apa jua barang kemas).


Peralatan Asas
Peralatan asas yang diwajibkan untuk seseorang pemain ialah:
• jersi atau baju berlengan – Jika pakaian dalaman digunakan, warna lengannya hendaklah sama warna dengan warna utama lengan jersi atau baju.

• seluar pendek – jika seluar pendek ‘thermal’ digunakan, warnanya hendaklah sama dengan warna utama seluar pendeknya.

• stokin

• shinguard

Shinguard
• dilitupi keseluruhannya oleh stokin.

• dibuat daripada getah, plastik atau bahan yang sama serta sesuai

• boleh memberi perlindungan pada tahap munasabah.


Warna
• Kedua-dua pasukan mesti memakai warna jersi yang membezakan pasukannya dan juga Pengadil dan Penolong Pengadil.

• setiap penjaga gol hendaklah memakai warna jersi yang membezakan dirinya dari pemain-pemain lain, Pengadil dan Penolong Pengadil.


Kesalahan-kesalahan dan Hukuman
Untuk Pelanggaran Undang-undang ini:
• permainan tidak perlu diberhentikan.

• pemain yang bersalah diarah keluar oleh Pengadil untuk membetulkan peralatannya.

• pemain tersebut perlu keluar padang sebaik saja bola di luar permainan, kecuali dia telah membetulkan peralatannya sebelum itu.

• pemain yang dikehendaki keluar padang untuk membetulkan peralatannya tidak dibenarkan masuk semula tanpa kebenaran Pengadil.

• pengadil akan memeriksa peralatan pemain sebelum membenarkan dia masuk semula ke padang.

• pemain hanya boleh masuk semula ke padang apabila bola di luar permainan.

Seseorang pemain yang dikehendaki meninggalkan padang kerana kesalahan Undang-undang ini dan yang masuk (atau masuk semula) padang tanpa kebenaran Pengadil akan diberi amaran dan ditunjuk kad kuning.


Memulakan Semula Permainan
Jika permainan diberhentikan oleh Pengadil untuk memberi amaran:
• perlawanan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus oleh pemain pihak lawan, di tempat bola berada semasa Pengadil memberhentikan permainan (rujuk Undang-undang 13 – Kedudukan Sepakan Percuma).





Keputusan-keputusan Lembaga P.B. Antarabangsa
Keputusan 1Pemain-pemain tidak boleh menunjukkan baju dalamannya yang mengandungi slogan atau pengiklanan. Peralatan asas yang wajib mesti tidak mengandungi sebarang kenyataan politik, agama atau peribadi.

Pemain yang menanggalkan jersinya untuk menunjukkan slogan atau pengiklanan akan diambil tindakan oleh Penganjur Pertandingan. Pasukan pemain yang mempunyai peralatan asas yang wajibnya mengandungi kenyataan politik, agama atau peribadi akan diambil tindakan oleh Penganjur Pertandingan atau FIFA.

Sejarah Dan Latar Belakang Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)


Bolasepak dikatakan sukan pertama yang dibawa dari negara luar ke Malaya ketika kependudukan British pada sekitar 1825.Beberapa kelab kemudian ditubuhkan di kawasan yang mempunyai ramai rakyat British seperti di Selangor,Kuala Lumpur,Perak,Johor dan Negeri Sembilan.

Bagaimanapun pada 1926, asas penubuhan Persatuan Bolasepak Malaya(FAM)dilakukan sebelum ia menjadi rasmi sebagai badan induk pada 1933.

Pada 1956,FAM menjadi ahli gabungan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa atau FIFA,selain menganggotai Persekutuan Bolasepak Asia(AFC).

Nama Persatuan Bolasepak Malaya kemudian ditukar kepada Persatuan Bolasepak Malaysia pada 1960.

FAM-PERSATUAN BOLA SEPAK MALAYSIA


Ditubuhkan: 1933
Bergabung dengan FIFA: 1956
Bergabung dengan AFC: 1958
Bergabung dengan AFF(Asean): 1984
Warna Jersi:  Kuning dan Hitam

Sejarah Liga:

1982 - 1989: Liga satu pusingan
1989 - 1993: Liga Dua Division : Division 1 & Division 2
1994 - 1997: Liga Satu Division (Liga Perdana)
1989 - 2003: Liga Dua Division:Division 1 (Liga Perdana 1) & Division 2 (Liga Perdana 2)
2004 - Sekarang: Liga Tiga Divison : Division 1 (Liga Super), Division 2 (Liga Perdana), Division 3(Kelab FAM/Piala FAM)

Sejarah Piala:

1921 : Piala Malaya(Malaya Cup) diperkenalkan
1933 : Piala Malaya ditukar nama kepada Piala HMS(HMS Cup)
1967 : Piala HMS(HMS Cup) ditukar nama kepada Piala Malaysia
1982 : Piala Liga diperkenalkan
1985 : Piala Sumbangsih diperkenalkan
1990 : Piala FA diperkenalkan

Penaja Utama:

1989 - 2004 : Dunhill Liga Malaysia
2005 - Sekarang : TM Liga Malaysia

Sumber : http://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/

SEKITAR KLINIK BOLA SEPAK SK TAMAN GEMBIRA










PERLEMBAGAAN KELAB BOLA SEPAK



1. NAMA KELAB : KELAB BOLA SEPAK 'THE REDS SK TAMAN GEMBIRA'
2. ALAMAT :SK TAMAN GEMBIRA, JALAN HILIR 2 TELOK GADONG, 4120 KLANG.

3. MATLAMAT
3.1 Memupuk semangat kerjasama dan kesukanan di kalangan ahli persatuan.
3.2 Mempertingkatkan kualiti dan kuantiti para pelajar yang terlibat dalam aktiviti bola sepak. 

4. OBJEKTIF
4.1 Memberi latihan dan kemahiran asas.
4.2 Mendedahkan tentang peraturan bola sepak mengikut FIFA.
4.3 Pelajar boleh mengelolakan pertandingan bola sepak di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan
4.4 Mewujudkan sifat kepimpinan di kalangan pelajar.
4.5 Berdisiplin dan mempunyai nilai-nilai murni sebagai ahli sukan yang boleh dibanggakan oleh masyarakat dan negara.     
             
5. KEAHLIAN
5.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini
5.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan
5.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

6. GURU PENASIHAT
6.1 Guru Penasihat ialah terdiri daripada guru sekolah ini.
6.2 Guru Penasihat hendaklah memebEri nasihat dan mempunyai kuasa mutlak merancang, melaksana atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.
6.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa hadir dan bersama-sama ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.
6.4 Guru Penasihat mempunyai kuasa membuat penilaian kokurikulum.

7. AHLI JAWATANKUASA
7.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.
7.2 Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai AJK
7.3 Pemilihan AJK secara undian.
7.4 AJK Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.
7.5 AJK yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar surat perletakkan jawatan kepada Guru Penasihat.
7.6Ahli AJK Persatuan hendaklah terdiri  ;
                Pengerusi
                Timbalan Pengerusi
                Setiausaha 1&2
                Bendahari 1&2
                AJK  

8. KEWANGAN
8.1 Sumber utama kewangan adalah melalui yuran yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung iaitu RM 1 setahun.
8.2 Persatuan boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.
8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma / yuran khas bagi membiayai ahli-ahli tersebut.

9. KEHADIRAN / PENYERTAAN
9.1 Ahli-ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun.
9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak 5 kali boleh dikenakan tindakan disiplin dan kehilangan hak-hak keahlian persatuan / kelab.

10. AKTIVITI
10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat Agung atau mesyuarat AJK
10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan untuk pengetahuan ahli.

11. PERATURAN-PERATURAN
11.1 Peraturan sekolah menjadi peraturan asas.
11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

12. TINDAKAN DISIPLIN
12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaam persatuan/kelab dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut ;
                Amaran lisan
                Amaran bertulis
                Gantung keahlian
                Pecat keahlian
12.3 Ahli yang dikenakan tindakan disiplin akan hilang semua hak keahlian.
12.4 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

13. PINDAAN PERLEMBAGAAN
13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda
13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, AJK, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.
13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri Guru Penasihat dan AJK akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
13.4 Setiap pindaan yang diluluskan hendaklah dipamerkan di papan kenyataan kelab/persatuan  dan disahkan oleh Pengetua.

14. PEMBUBARAN PERSATUAN
14.1 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

15. HAL-HAL LAIN
15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.